Apakah kamu sanggup apabila seorang pejuang keluar berperang sedangkan

TEKS BAHASA ARAB

 هَلْ تَسْتَطِيعُ إِذَا خَرَجَ الْمُجَاهِدُ أَن تَصُومُ فَلاَ تُفْطِرُ وَتَقُومُ فَلاَ تَفْتُرُ ؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: ذَلِكَ مَثَلُ الْمُجَاهِدِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apakah kamu sanggup apabila seorang pejuang keluar berperang sedangkan kamu hanya berpuasa tanpa berbuka dan mendirikan solat tanpa henti? Orang yang bertanya menjawab, Tidak. Lalu Rasulullah berkata: ‘Demikianlah perumpamaan seorang mujahid.

STATUS

Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata pentakhrijnya حفظه الله:

Direkodkan oleh al-Bukhari: 2785, Muslim:4846 dan Ahmad di dalam Musnadnya: 2/344. Dalam riwayat al-Bukhari disebutkan lafaz berikut: Abu Hurairah berkata: Datang seseorang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Tunjukkan kepadaku suatu amal yang dapat menyamai jihad?” Beliau menjawab: “Aku tidak menemukannya.” Beliau melanjutkan: “Apakah kamu sanggup jika seorang mujahid keluar berjihad sedangkan kamu masuk ke dalam masjidmu lalu kamu tegakkan ibadah tanpa henti dan kamu berpuasa tanpa berbuka?” Orang itu berkata: “Sesungguhnya kuda seorang mujahid yang dikekang talinya untuk berperang akan ditulis sebagai kebaikan.”

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon