TEKS BAHASA ARAB
يوشك الشرك أن ينتقل من ربع إلى ربع، ومن قبيلة إلى قبيلة. قيل: وما ذاك الشرك؟ قال: قوم يأتون بعدكم يحدون الله حدا بالصفة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hampir-hampir kemusyrikan berpindah daripada rumah ke rumah, dan daripada kabilah ke kabilah. Baginda ditanya: Apakah itu kemusyrikan (al-shirk)? Baginda menjawab: Satu kumpulan yang akan datang selepas kamu, mereka benar-benar membatasi Allah dengan sifat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1388, hadis nombor 7048. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: يوشك الشرك أن ينتقل من ربع إلى ربع، ومن قبيلة إلى قبيلة. قيل: وما ذاك الشرك؟ قال: قوم يأتون بعدكم يحدون الله حدا بالصفة.
[الربيع بن حبيب، ((الضعيفة)) (6331)]
(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hampir-hampir kemusyrikan berpindah daripada rumah ke rumah, dan daripada kabilah ke kabilah. Baginda ditanya: Apakah itu kemusyrikan (al-shirk)? Baginda menjawab: Satu kumpulan yang akan datang selepas kamu, mereka benar-benar membatasi Allah dengan sifat.
[Riwayat al-Rabi' bin Habib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6331]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.