Apakah itu al-Ruhaniyyun?

TEKS BAHASA ARAB

من ‌لها ‌بالغناء، لم يؤذن له أن يسمع صوت الروحانيين يوم القيامة، قيل: وما الروحانيون؟ قال: قراء أهل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang lalai dengan nyanyian (lagu), maka dia tidak akan dibenarkan untuk mendengar suara para al-Ruhaniyin pada hari kiamat. Dikatakan: Apakah itu al-Ruhaniyyun? Baginda menjawab: Mereka adalah para Qari (pembaca al-Quran) dalam kalangan ahli syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 719, hadis nombor 3670. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: من ‌لها ‌بالغناء، لم يؤذن له أن يسمع صوت الروحانيين يوم القيامة، قيل: وما الروحانيون؟ قال: قراء أهل الجنة.
[الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (6516)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang lalai dengan nyanyian (lagu), maka dia tidak akan dibenarkan untuk mendengar suara para al-Ruhaniyin pada hari kiamat. Dikatakan: Apakah itu al-Ruhaniyyun? Baginda menjawab: Mereka adalah para Qari (pembaca al-Quran) dalam kalangan ahli syurga.
[Riwayat al-Wahidiy dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6516]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.