TEKS BAHASA ARAB
سبق المفردون، قالوا: وما المفردون يا رسول الله؟ قال: المستهترون في ذكر الله، يضع الذكر عنهم أثقالهم، فيأتون يوم القيامة خفافا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Al-Mufarridun (orang-orang yang menyendiri untuk beribadah) telah mendahului, mereka bertanya: Apakah itu al-Mufarridun, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Iaitu orang-orang yang tertarik (taksub sehingga melalaikan perkara lain) dengan zikir kepada Allah, zikir tersebut akan melenyapkan dosa-dosa mereka hingga mereka datang pada hari kiamat dalam keadaan ringan (tanpa dosa).
STATUS
Sangat munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1432, hadis nombor 7276. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا بهذا التمام)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: سبق المفردون، قالوا: وما المفردون يا رسول الله؟ قال: المستهترون في ذكر الله، يضع الذكر عنهم أثقالهم، فيأتون يوم القيامة خفافا.
[ت، هب، ((الضعيفة)) (2016)]
(Sangat munkar dengan lafaz yang lengkap ini)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Mufarridun (orang-orang yang menyendiri untuk beribadah) telah mendahului, mereka bertanya: Apakah itu al-Mufarridun, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Iaitu orang-orang yang tertarik (taksub sehingga melalaikan perkara lain) dengan zikir kepada Allah, zikir tersebut akan melenyapkan dosa-dosa mereka hingga mereka datang pada hari kiamat dalam keadaan ringan (tanpa dosa).
[Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan dan al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2016]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.