TEKS BAHASA ARAB
ما هذه؟ ألقها وعليكم بهذه وأشباهها ورماح القنا فإنهما يزيد الله لكم بهما في الدين ويمكن لكم في البلاد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apakah ini? Lemparlah ia. Kalian mesti menggunakan (busur) yang ini dan yang seumpamanya, serta tombak-tombak; kerana dengan kedua-duanya, Allah menambahkan agama kalian dan mengukuhkan penguasaan kalian di negara.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1002-1003, hadis nombor 5165. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي رضي الله عنه قال: كان بيد رسول الله صلى الله عليه وسلم قوس عربية فرأى رجلا بيده قوس فارسية فقال: ما هذه؟ ألقها وعليكم بهذه وأشباهها ورماح القنا فإنهما يزيد الله لكم بهما في الدين ويمكن لكم في البلاد. [هـ، الطيالسي، الضعيفة (4499)].
(Sangat Lemah) Daripada Ali RA berkata: Suatu ketika di tangan Rasulullah SAW ada busur Arab, lalu baginda melihat seorang lelaki di tangannya ada busur Parsi, maka baginda bersabda: Apakah ini? Lemparlah ia. Kalian mesti menggunakan (busur) yang ini dan yang seumpamanya, serta tombak-tombak; kerana dengan kedua-duanya, Allah menambahkan agama kalian dan mengukuhkan penguasaan kalian di negara. [Riwayat Sunan Ibn Majah dan al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4499].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.