Daif

30/06/2024

minit bacaan



Apakah dua perkara yang pahit dalam penyembuhan

Teks Bahasa Arab

ماذا في الأمَرَّينِ مِن الشِّفاءِ: الصَّبرِ والثُّفَّاءِ.

Teks Bahasa Melayu

Apakah dua perkara yang pahit dalam penyembuhan (sesuatu): Sabar dan juga biji sawi.

Sahabat Perawi

  1. Qais bin Rifa’ al-Ashja’ie

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 83, hadis no. 412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن قيس بن رفاع الأشجعي مرفوعاً: ماذا في الأمرّين من الشفاء: الصبر والثّفّاء. [هق، ((الضعيفة)) (4442)]

(Daif) Daripada Qais bin Rifa’ al-Ashja’ie secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Apakah dua perkara yang pahit dalam penyembuhan (sesuatu): Sabar dan juga biji sawi. [Riwayat Al-Baihaqi dalam Al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4442]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.