Apakah bukti kurangnya agama dan akal mereka (wanita)?

TEKS BAHASA ARAB

ما وجِد من ناقص الدينِ والرأْي أغلب للرجال ذوى الأمرعلى أمرهم من النساء، قالوا: وما نقص دينِهن ورأيِهِن؟، قال: أما نقص رأيِهِن: فجعلت شهادة امرأتين بشهادة رجل، وأما نقص دينهن: فإن إحداهن تقعد ما شاء الله من يوم وليلة لا تسجد لله سجدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak didapati pada orang yang kurang agamanya dan pandangannya (akal) lebih dominan terhadap lelaki yang menguruskan urusan-urusan mereka berbanding wanita. Mereka bertanya: Apakah bukti kurangnya agama dan akal mereka (wanita)? Baginda bersabda: Adapun bukti kurangnya akal mereka adalah dijadikan penyaksian dua orang wanita menyamai dengan penyaksian seorang lelaki dan tanda kurangnya agama mereka adalah jika seorang daripada mereka duduk untuk tempoh yang dikehendaki oleh Allah pada siang hari atau malam, mereka tidak akan sujud sekalipun kepada Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1382, hadis nombor 7031. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما وجِد من ناقص الدينِ والرأْي أغلب للرجال ذوى الأمرعلى أمرهم من النساء، قالوا: وما نقص دينِهن ورأيِهِن؟، قال: أما نقص رأيِهِن: فجعلت شهادة امرأتين بشهادة رجل، وأما نقص دينهن: فإن إحداهن تقعد ما شاء الله من يوم وليلة لا تسجد لله سجدة.
[ك، ((الضعيفة)) (6106)]

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada ‘Abdillah bin Mas’ud RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tidak didapati pada orang yang kurang agamanya dan pandangannya (akal) lebih dominan terhadap lelaki yang menguruskan urusan-urusan mereka berbanding wanita. Mereka bertanya: Apakah bukti kurangnya agama dan akal mereka (wanita)? Baginda bersabda: Adapun bukti kurangnya akal mereka adalah dijadikan penyaksian dua orang wanita menyamai dengan penyaksian seorang lelaki dan tanda kurangnya agama mereka adalah jika seorang daripada mereka duduk untuk tempoh yang dikehendaki oleh Allah pada siang hari atau malam, mereka tidak akan sujud sekalipun kepada Allah.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6106]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs