Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا وُجِدَ مِنْ نَاقِصِ الدِّينِ وَالْرَأْي أَغْلَبَ لِلرِّجَالِ ذَوِي الأَمْرِعَلَى أَمْرِهِمْ مِنَ النِّسَاءِ، قَالُوا: وَمَا نقْصُ دِينِهِنَّ ورأيِهِنَّ؟، قَالَ: أمَّا نقْصُ رأيِهِنَّ: فَجُعِلَتْ شَهَادَةُ امْرَأَتَيْنِ بِشَهَادَةِ رَجُلٍ، وأمَّا نقْصُ دِينِهِنَّ: فإن إحداهن تَقْعُدُ ما شاء الُله من يومٍ وليلةٍ لا تسجُدُ للهِ سجدةً.
Teks Bahasa Melayu
Tidak didapati pada orang yang kurang agamanya dan pandangannya (akal) lebih dominan terhadap lelaki yang menguruskan urusan-urusan mereka berbanding wanita. Mereka bertanya: Apakah bukti kurangnya agama dan akal mereka (wanita)? Baginda bersabda: Adapun bukti kurangnya akal mereka adalah dijadikan penyaksian dua orang wanita menyamai dengan penyaksian seorang lelaki dan tanda kurangnya agama mereka adalah jika seorang daripada mereka duduk untuk tempoh yang dikehendaki oleh Allah pada siang hari atau malam, mereka tidak akan sujud sekalipun kepada Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1382, hadis no. 7031. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما وجِد من ناقص الدينِ والرأْي أغلب للرجال ذوى الأمرعلى أمرهم من النساء، قالوا: وما نقص دينِهن ورأيِهِن؟، قال: أما نقص رأيِهِن: فجعلت شهادة امرأتين بشهادة رجل، وأما نقص دينهن: فإن إحداهن تقعد ما شاء الله من يوم وليلة لا تسجد لله سجدة. [ك، ((الضعيفة)) (6106)]
(Munkar dengan lafaz ini) Daripada 'Abdillah bin Mas'ud RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tidak didapati pada orang yang kurang agamanya dan pandangannya (akal) lebih dominan terhadap lelaki yang menguruskan urusan-urusan mereka berbanding wanita. Mereka bertanya: Apakah bukti kurangnya agama dan akal mereka (wanita)? Baginda bersabda: Adapun bukti kurangnya akal mereka adalah dijadikan penyaksian dua orang wanita menyamai dengan penyaksian seorang lelaki dan tanda kurangnya agama mereka adalah jika seorang daripada mereka duduk untuk tempoh yang dikehendaki oleh Allah pada siang hari atau malam, mereka tidak akan sujud sekalipun kepada Allah. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6106]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman