Apakah balasan bagi orang yang mengucap takziah kepada orang yang kehilangan anak?

TEKS BAHASA ARAB

قال موسى عليه السلام لربه عز وجل: ما جزاء من عزى الثكلى؟ قال: أجعله في ظلي يوم لا ظل إلا ظلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Musa AS bertanya kepada Tuhannya ‘Azza wa jalla: Apakah balasan bagi orang yang mengucap takziah kepada orang yang kehilangan anak? Tuhannya menjawab: Aku akan jadikan dia dalam teduhanKu pada hari di mana tiada teduhan selain teduhanKu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1336, hadis nombor 6827. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي بكر الصديق وعمران بن حصين رضي الله عنهما مرفوعا: قال موسى عليه السلام لربه عز وجل: ما جزاء من عزى الثكلى؟ قال: أجعله في ظلي يوم لا ظل إلا ظلي.
[ابن السني، ((الضعيفة)) (4049)]

(Lemah)
Daripada Abu Bakar al-Siddiq RA dan ‘Imran bin Husain RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Musa AS bertanya kepada Tuhannya ‘Azza wa jalla: Apakah balasan bagi orang yang mengucap takziah kepada orang yang kehilangan anak? Tuhannya menjawab: Aku akan jadikan dia dalam teduhanKu pada hari di mana tiada teduhan selain teduhanKu.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4049]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs