Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apakah balasan bagi orang yang mengucap takziah kepada orang yang kehilangan anak?

Teks Bahasa Arab

قال موسى عليهِ السلامُ لربِّهِ عز وجل: ما جزاءُ منْ عزَّى الثَّكلى؟ قال: أجعلُه في ظلِّي يومَ لا ظلَّ إلا ظِلِّي.

Teks Bahasa Melayu

Musa AS bertanya kepada Tuhannya 'Azza wa jalla: Apakah balasan bagi orang yang mengucap takziah kepada orang yang kehilangan anak? Tuhannya menjawab: Aku akan jadikan dia dalam teduhanKu pada hari di mana tiada teduhan selain teduhanKu.

Sahabat Perawi

  1. Abu Bakr RA
  2. 'Imran bin Husain RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1336, hadis no. 6827. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكر الصديق وعمران بن حصين رضي الله عنهما مرفوعا: قال موسى عليه السلام لربه عز وجل: ما جزاء من عزى الثكلى؟ قال: أجعله في ظلي يوم لا ظل إلا ظلي. [ابن السني، ((الضعيفة)) (4049)]

(Lemah) Daripada Abu Bakar al-Siddiq RA dan 'Imran bin Husain RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Musa AS bertanya kepada Tuhannya 'Azza wa jalla: Apakah balasan bagi orang yang mengucap takziah kepada orang yang kehilangan anak? Tuhannya menjawab: Aku akan jadikan dia dalam teduhanKu pada hari di mana tiada teduhan selain teduhanKu. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4049]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.