Apakah alasanmu terhadap kejahilanmu?

TEKS BAHASA ARAB

كيف أنت يا عويمر إذا قيل لك يوم القيامة: أعلمت أم جهلت؟ فإن قلت: علمت؛ قيل لك: فماذا علمت فيما علمت؟ وإن قلت: جهلت؛ قيل لك: فما كان عذرك فيما جهلت؛ ألا تعلمت؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagaimana keadaan kamu wahai ‘Umair, apabila dikatakan kepada kamu pada hari kiamat kelak: Kamu tahu atau kamu jahil? Jika kamu kata: Aku tahu. Dikatakan kepadamu: Lalu apakah yang kamu amalkan terhadap apa yang kamu tahu? Dan jika kamu katakan: Aku jahil. Dikatakan kepadamu: Lalu apakah alasanmu terhadap kejahilanmu? Mengapa kamu tidak belajar?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1274, hadis nombor 6526. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعا: كيف أنت يا عويمر إذا قيل لك يوم القيامة: أعلمت أم جهلت؟ فإن قلت: علمت؛ قيل لك: فماذا عملت فيما علمت؟ وإن قلت: جهلت؛ قيل لك: فما كان عذرك فيما جهلت؛ ألا تعلمت؟
[الخطيب في ((اقتضاء العلم العمل))، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4157)]

(Lemah)
Daripada Abi al-Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bagaimana keadaan kamu wahai ‘Umair, apabila dikatakan kepada kamu pada hari kiamat kelak: Kamu tahu atau kamu jahil? Jika kamu kata: Aku tahu. Dikatakan kepadamu: Lalu apakah yang kamu amalkan terhadap apa yang kamu tahu? Dan jika kamu katakan: Aku jahil. Dikatakan kepadamu: Lalu apakah alasanmu terhadap kejahilanmu? Mengapa kamu tidak belajar?
[Riwayat al-Khatib dalam Iqtida' al-'Ilm al-'Amal, al-Kalabaziy dalam Miftah al-Ma'aniy dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4157]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.