Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كيف أنت يا عويمرُ إذا قيل لك يومَ القيامةِ: أعلمتَ أم جهلتَ؟ فإن قلتَ: علمتُ؛ قيل لك: فماذا عملتَ فيما علمتَ؟ وإن قلت: جهلتُ؛ قيل لك: فما كان عذرُكَ فيما جهلتَ؛ ألا تعلمتَ؟
Teks Bahasa Melayu
Bagaimana keadaan kamu wahai 'Umair, apabila dikatakan kepada kamu pada hari kiamat kelak: Kamu tahu atau kamu jahil? Jika kamu kata: Aku tahu. Dikatakan kepadamu: Lalu apakah yang kamu amalkan terhadap apa yang kamu tahu? Dan jika kamu katakan: Aku jahil. Dikatakan kepadamu: Lalu apakah alasanmu terhadap kejahilanmu? Mengapa kamu tidak belajar?
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1274, hadis no. 6526. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعا: كيف أنت يا عويمر إذا قيل لك يوم القيامة: أعلمت أم جهلت؟ فإن قلت: علمت؛ قيل لك: فماذا عملت فيما علمت؟ وإن قلت: جهلت؛ قيل لك: فما كان عذرك فيما جهلت؛ ألا تعلمت؟ [الخطيب في ((اقتضاء العلم العمل))، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4157)]
(Lemah) Daripada Abi al-Darda' RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Bagaimana keadaan kamu wahai 'Umair, apabila dikatakan kepada kamu pada hari kiamat kelak: Kamu tahu atau kamu jahil? Jika kamu kata: Aku tahu. Dikatakan kepadamu: Lalu apakah yang kamu amalkan terhadap apa yang kamu tahu? Dan jika kamu katakan: Aku jahil. Dikatakan kepadamu: Lalu apakah alasanmu terhadap kejahilanmu? Mengapa kamu tidak belajar? [Riwayat al-Khatib dalam Iqtida' al-'Ilm al-'Amal, al-Kalabaziy dalam Miftah al-Ma'aniy dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4157]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman