Apabila zina berleluasa, maka banyak juga penjual arak

TEKS BAHASA ARAB

إذا ظلم أهل الذمة كانت الدولة دولة العدو، وإذا كثر الزنا كثر السبا، وإذا كثر اللوطية رفع الله يده عن الخلق فلا يبالي في أي واد هلكوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila ahli zimmah (orang bukan Islam) dizalimi, maka negara tersebut adalah negara musuh, apabila zina berleluasa, maka banyak juga penjual arak dan apabila perbuatan liwat semakin banyak, Allah mengangkat tangan-Nya daripada sekalian makhluk, Dia tidak lagi mempedulikan lembah mana yang mereka musnah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1307, hadis nombor 6677. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما، مرفوعا: إذا ظلم أهل الذمة كانت الدولة دولة العدو، وإذا كثر الزنا كثر السبا، وإذا كثر اللوطية رفع الله يده عن الخلق فلا يبالي في أي واد هلكوا.
[طب، ((الضعيفة)) (1272)].

(Sangat lemah)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nbai SAW): Apabila ahli zimmah (orang bukan Islam) dizalimi, maka negara tersebut adalah negara musuh, apabila zina berleluasa, maka banyak juga penjual arak dan apabila perbuatan liwat semakin banyak, Allah mengangkat tangan-Nya daripada sekalian makhluk, Dia tidak lagi mempedulikan lembah mana yang mereka musnah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1272].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs