Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا ظَلَمَ أَهْلُ الذِّمَّةِ كَانَتِ الدَّوْلَةُ دَوْلَةَ الْعَدُوِّ، وَإِذَا كَثُرَ الزِّنَا كَثُرَ السِّبَا، وَإِذَا كَثُرَ اللُّوطِيَّةُ رَفَعَ اللَّهُ يَدَهُ عَنِ الخَلْق فَلَا يُبَالِي فِي أَيِّ وَادٍ هَلَكُوا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila ahli zimmah (orang bukan Islam) dizalimi, maka negara tersebut adalah negara musuh, apabila zina berleluasa, maka banyak juga penjual arak dan apabila perbuatan liwat semakin banyak, Allah mengangkat tangan-Nya daripada sekalian makhluk, Dia tidak lagi mempedulikan lembah mana yang mereka musnah.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1307, hadis no. 6677. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما، مرفوعا: إذا ظلم أهل الذمة كانت الدولة دولة العدو، وإذا كثر الزنا كثر السبا، وإذا كثر اللوطية رفع الله يده عن الخلق فلا يبالي في أي واد هلكوا. [طب، ((الضعيفة)) (1272)].
(Sangat lemah) Daripada Jabir bin 'Abdillah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nbai SAW): Apabila ahli zimmah (orang bukan Islam) dizalimi, maka negara tersebut adalah negara musuh, apabila zina berleluasa, maka banyak juga penjual arak dan apabila perbuatan liwat semakin banyak, Allah mengangkat tangan-Nya daripada sekalian makhluk, Dia tidak lagi mempedulikan lembah mana yang mereka musnah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1272].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman