Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila zaman bersilih ganti dan keinginan juga berbeza

Teks Bahasa Arab

إذا اختلف الزَّمانُ، واختلفتِ الأَهواءُ، فعلَيْكَ بِدِينِ الأعْرَابِي.

Teks Bahasa Melayu

Apabila zaman bersilih ganti dan keinginan juga berbeza, maka hendaklah kamu (tetap) dengan agama orang Badwi.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 458, hadis no. 2455.

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: «إذا اختلف الزمان، واختلفت الأهواء، فعليك بدين الأعرابي». [فر، «الضعيفة» (2204)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Apabila zaman bersilih ganti dan keinginan juga berbeza, maka hendaklah kamu (tetap) dengan agama orang Badwi.” [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2204].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.