Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila wilayah kekuasaan Islam semakin luas, sebaik-baik amalan ialah berkawal di sempadan negara Islam

Teks Bahasa Arab

إذا انتاطَ غَزوُكم، وكثُرَتِ العَزائِمُ واستُحلَّتِ الغَنائمُ فخَيرُ أعمالِكم الرِّباطُ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila peperangan kamu semakin jauh, dan semakin ramai para ketua pula menyeru untuk pergi ke tempat yang jauh, manakala harta rampasan perang pula diambil oleh para pemerintah dan wakilnya sahaja, maka sebaik-baik amalan kamu ialah berkawal di sempadan (negara Islam).

Sahabat Perawi

  1. Utbah bin al-Nadr RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 981, hadis no. 5059. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عتبة بن الندر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا ‌انتاط غزوكم، وكثرت العزائم، واستحلت الغنائم، فخير أعمالكم الرباط)). [حب، ابن أبي عاصم في ((الجهاد))، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، خط، ((الضعيفة)) (1921)]

(Lemah) Daripada Utbah bin al-Nadr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila peperangan kamu semakin jauh, dan semakin ramai para ketua pula menyeru untuk pergi ke tempat yang jauh, manakala harta rampasan perang pula diambil oleh para pemerintah dan wakilnya sahaja, maka sebaik-baik amalan kamu ialah berkawal di sempadan (negara Islam). [Riwayat Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān, Ibnu Abi ‘Asim dalam al-Jihad, al-Mukhlis dalam al-Fawaidul Muntaqah, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1921]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.