Apabila wanita itu hamil, baginya pahala orang yang berpuasa, menghidupkan malam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا حملت المرأة فلها أجر الصائم القائم القانت المخبت المجاهد في سبيل الله عز وجل فإذا ضربها الطلق فلا يدري أحد من الخلائق ما لها من الأجر، فإذا وضعت فلها بكل وضعة عتق نسمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila wanita itu hamil, baginya pahala orang yang berpuasa, menghidupkan malam, yang sentiasa berdoa, yang khusyuk dan pahala berjihad di jalan Allah. Ketika dia ditimpa kesakitan ketika melahirkan, tiada satu makhluk pun tahu pahala yang dia peroleh dan jika dia melahirkan, setiap yang lahir itu pahala sama seperti memerdekakan hamba.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1146, hadis nombor 5799. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا حملت المرأة فلها أجر الصائم القائم القانت المخبت المجاهد في سبيل الله عز وجل فإذا ضربها الطلق فلا يدري أحد من الخلائق ما لها من الأجر فإذا وضعت فلها بكل وضعة عتق نسمة. [ابن حبان في الضعفاء، ابن الجوزي، عد، الضعيفة (5085)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila wanita itu hamil, baginya pahala orang yang berpuasa, menghidupkan malam, yang sentiasa berdoa, yang khusyuk dan pahala berjihad di jalan Allah. Ketika dia ditimpa kesakitan ketika melahirkan, tiada satu makhluk pun tahu pahala yang dia peroleh dan jika dia melahirkan, setiap yang lahir itu pahala sama seperti memerdekakan hamba. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa, Ibn Jawzi dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5085].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.