TEKS BAHASA ARAB
إذا تطيبت المرأة لغير زوجها فإنما هو نار في شنار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila wanita itu berwangian untuk orang selain suaminya maka ia (perbuatannya berwangi-wangian akan menjadi sebab wanita tersebut dimasukkan) ke dalam neraka yang paling buruk.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1636, hadis nombor 8273. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: إن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -قال: ((إذا تَطَيَّبَت المرأةُ لغيرِ زوجِها فإنما هو نارٌ في شَنَار)). [طس، ((الضعيفة)) (6043)]
(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila wanita itu berwangian untuk orang selain suaminya maka ia (perbuatannya berwangi-wangian akan menjadi sebab wanita tersebut dimasukkan) ke dalam neraka yang paling buruk.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6043].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.