Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا تَطَيَّبَت المرأةُ لغيرِ زوجِها فإنما هو نارٌ في شَنَار.
Teks Bahasa Melayu
Apabila wanita itu berwangian untuk orang selain suaminya maka ia (perbuatannya berwangi-wangian akan menjadi sebab wanita tersebut dimasukkan) ke dalam neraka yang paling buruk.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1636, hadis no. 8273. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: إن رسول الله - صلى الله عليه وسلم -قال: ((إذا تَطَيَّبَت المرأةُ لغيرِ زوجِها فإنما هو نارٌ في شَنَار)). [طس، ((الضعيفة)) (6043)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila wanita itu berwangian untuk orang selain suaminya maka ia (perbuatannya berwangi-wangian akan menjadi sebab wanita tersebut dimasukkan) ke dalam neraka yang paling buruk.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6043].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman