Apabila Uthman bin Maz’un wafat, seorang perempuan berkata: Bergembiralah Ibn Maz’un kerana syurga bagi kamu.

TEKS BAHASA ARAB

إياكن ونعيق الشيطان؛ فإنه مهما يكون من العين والقلب فمن الرحمة، وما يكون من اللسان واليد، فمن الشيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu semua meraung kerana raungan itu seperti jeritan syaitan. Sesungguhnya apa yang terlahir dari hati dan mata, maka itu dari rahmat Allah dan apa yang lahir dari lidah dan tangan, maka itu daripada syaitan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1734, hadis nombor 8727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس قال: لما توفي عثمان بن مظعون قالت امرأة: هنيئاً لك يا ابن مظعون الجنة، قال: فنظر رسول الله – صلى الله عليه وسلم – نظرة غضبان، قالت: يا رسول الله! فارسك وصاحبك! قال: ((ما أدري ما يفعل به))، فشق ذلك على أصحاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، وكان يعد من خيارهم حتى توفيت رقية بنت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((الحقي بسلفنا الخير عثمان بن مظعون)) قال: وبكت النساء على رقية، فجعل عمر ينهاهن أو يضربهن، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((مه يا عمر!)) ثم قال: ((إياكن ونعيق الشيطان؛ فإنه مهما يكون من العين والقلب فمن الرحمة، وما يكون من اللسان واليد، فمن الشيطان)). [الطياليسي، حم، ((الضعيفة)) (3361)]

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Apabila Uthman bin Maz’un wafat, seorang perempuan berkata: Bergembiralah Ibn Maz’un kerana syurga bagi kamu. Lalu Rasulullah SAW memandangnya dengan pandangan marah, kemudian perempuan itu berkata: Wahai Rasulullah! Dia merupakan tentera berkudamu dan sahabatmu! Nabi SAW berkata: ((Aku tidak tahu apakah yang akan diperlakukan ke atasnya.)) Lalu sahabat Rasulullah SAW merasa ralat sedangkan dia daripada golongan yang terbaik sehinggalah apabila Ruqayyah anak perempuan Rasulullah SAW wafat, Rasulullah SAW telah berkata: Bertemulah kamu dengan sahabatku yang dahulu yang terbaik iaitu Uthman bin Maz’un. Maka para wanita menangis kerana kewafatan Ruqayyah lalu Umar melarang mereka atau memukul mereka dan Rasulullah SAW bersabda: ((Berhentilah Umar!)) Kemudian Baginda berkata: ((Janganlah kamu semua meraung kerana raungan itu seperti jeritan syaitan. Sesungguhnya apa yang terlahir dari hati dan mata, maka itu dari rahmat Allah dan apa yang lahir dari lidah dan tangan, maka itu daripada syaitan.))
[Riwayat al-Toyalisi dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3361].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs