Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إيَّاكنَّ ونعيقَ الشَّيطانِ ؛ فإنَّهُ مَهْما يَكونُ منَ العَينِ والقَلبِ فمِنَ الرَّحمةِ، وما يَكونُ منَ اللِّسانِ واليدِ ، فمنَ الشَّيطانِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu semua meraung kerana raungan itu seperti jeritan syaitan. Sesungguhnya apa yang terlahir dari hati dan mata, maka itu dari rahmat Allah dan apa yang lahir dari lidah dan tangan, maka itu daripada syaitan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1734, hadis no. 8727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Apabila Uthman bin Maz’un wafat, seorang perempuan berkata: Bergembiralah Ibn Maz’un kerana syurga bagi kamu. Lalu Rasulullah SAW memandangnya dengan pandangan marah, kemudian perempuan itu berkata: Wahai Rasulullah! Dia merupakan tentera berkudamu dan sahabatmu! Nabi SAW berkata: ((Aku tidak tahu apakah yang akan diperlakukan ke atasnya.)) Lalu sahabat Rasulullah SAW merasa ralat sedangkan dia daripada golongan yang terbaik sehinggalah apabila Ruqayyah anak perempuan Rasulullah SAW wafat, Rasulullah SAW telah berkata: Bertemulah kamu dengan sahabatku yang dahulu yang terbaik iaitu Uthman bin Maz’un. Maka para wanita menangis kerana kewafatan Ruqayyah lalu Umar melarang mereka atau memukul mereka dan Rasulullah SAW bersabda: ((Berhentilah Umar!)) Kemudian Baginda berkata: ((Janganlah kamu semua meraung kerana raungan itu seperti jeritan syaitan. Sesungguhnya apa yang terlahir dari hati dan mata, maka itu dari rahmat Allah dan apa yang lahir dari lidah dan tangan, maka itu daripada syaitan.)) [Riwayat al-Toyalisi dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3361].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman