Apabila umatku enggan untuk membalas orang yang menzalimi mereka, maka Allah SWT akan meninggalkannya daripada kalangan mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا أمتي أبت أن يظلم ظالموها تودع الله منها وإذا أمتي تواكلت الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر منعها الله منفعة الوحي من السماء وإذا أمتي سببت فيما بينها سقطت من عين الله ، فكيف بكم إذا لم يرأف الله بكم ولم يرحمكم؟ قالوا : وكائن ذلك يا رسول الله ؟ قال : إي والذي بعث محمدا بالحق إذا استعمل عليكم شراركم فقد تخلى الله عنكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila umatku enggan untuk membalas orang yang menzalimi mereka, maka Allah SWT akan meninggalkannya daripada kalangan mereka. Apabila umatku tidak melaksanakan (tawakkul) tugasan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka Allah SWT akan menghalang manfaat wahyu dari langit. Apabila umatku saling mencela antara mereka, maka mereka akan gugur daripada penglihatan Allah SWT. Maka bagaimana keadaan kamu apabila Allah SWT tidak menyayangi dan mengasihi kamu semua? Mereka menjawab: “Adakah hal itu akan berlaku wahai Rasulullah? Baginda SAW telah bersabda: Ya demi Zat yang mengutuskan Muhammad dengan kebenaran, sekiranya orang yang jahat daripada kalangan kamu menguruskan urusan kamu, maka Allah SWT akan berlepas daripada kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 139, hadis nombor 700. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن جابر بن عبدالله رضي الله عنها-، قال: قال ﷺ إذا أمتي أبت أن يظلم ظالموها؛ تودع الله منها، وإذا أمتي تواكلت الأمر بالمعروف والنّهي عن المنكر؛ منعها الله منفعة الوحي من السماء، وإذا أمتي سببت فيما بينها؛ سقطت من عين الله فكيف بكم إذا لم يرأف الله بكم ولم يرحمكم؟ قالوا: وكائن ذلك يا رسول الله ؟! قال: إي والذي بعث محمداً بالحق إذا استعمل عليكم شراركم؛ فقد تخلّى الله عنكم. [عق، الضعيفة (6924)].

(Munkar) Daripada Jābir ibn ‘Abdullah RA secara marfū‘: Apabila umatku enggan untuk membalas orang yang menzalimi mereka, maka Allah SWT akan meninggalkannya daripada kalangan mereka. Apabila umatku tidak melaksanakan (tawakkul) tugasan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka Allah SWT akan menghalang manfaat wahyu dari langit. Apabila umatku saling mencela antara mereka, maka mereka akan gugur daripada penglihatan Allah SWT. Maka bagaimana keadaan kamu apabila Allah SWT tidak menyayangi dan mengasihi kamu semua? Mereka menjawab: “Adakah hal itu akan berlaku wahai Rasulullah? Baginda SAW telah bersabda: Ya demi Zat yang mengutuskan Muhammad dengan kebenaran, sekiranya orang yang jahat daripada kalangan kamu menguruskan urusan kamu, maka Allah SWT akan berlepas daripada kamu. [Diriwayatkan oleh al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6924)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.