Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أبغضَ المسلمونَ علماءَهم ، وفي روايةٍ : قرَّاءَهم ، وأظهروا عمارةَ أسواقِهم ، وتناكحوا والروايةُ الأُخرى : وتالبوا على جمعِ الدراهمِ ، رماهمُ اللهُ عزَّ وجلَّ بأربعِ خصالٍ : بالقَحْطِ من الزمانِ ، والجَوْرِ من السلطانِ ، والخيانةِ من ولاةِ الأحكامِ ، والصَّوْلَةِ وفي الروايةِ : والشوكةِ من العدوِّ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila umat Islam membenci para ulama mereka (dalam satu riwayat: Para qari mereka), dan menzahirkan pengimarahan pasar-pasar mereka, serta mereka saling bergabung (dan Riwayat yang lain: Mereka saling membantu) dalam mengumpulkan Dirham, maka Allah ‘Azza Wa Jalla akan mencampakkan kepada mereka dengan empat perkara: kemarau, kezaliman daripada pemerintah, pengkhianatan daripada penguasa, serta serangan (dalam satu riwayat: tentangan) daripada musuh.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 139, hadis no. 697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إذا أبغض المسلمون علماءهم وفي رواية : قراءهم وأظهروا عمارة أسواقهم وتناكحوا والرواية الأخرى: وتالبوا على جمع الدراهم رماهم الله عز وجل بأربع خصال: بالقحط من الزمان والجور من السلطان والخيانة من ولاة الأحكام والصولة وفي الرواية : والشوكة من العدو. [ك، فر، الضعيفة (6609)]
(Munkar) Daripada ‘Alī ibn Abī Ṭālib RA secara marfū‘: Apabila umat Islam membenci para ulama mereka (dalam satu riwayat: Para qari mereka), dan menzahirkan pengimarahan pasar-pasar mereka, serta mereka saling bergabung (dan Riwayat yang lain: Mereka saling membantu) dalam mengumpulkan Dirham, maka Allah ‘Azza Wa Jalla akan mencampakkan kepada mereka dengan empat perkara: kemarau, kezaliman daripada pemerintah, pengkhianatan daripada penguasa, serta serangan (dalam satu riwayat: tentangan) daripada musuh. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6609)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman