Apabila ukuran air telah sampai 40 kolah, ia tidak akan menjadi najis

TEKS BAHASA ARAB

إذا بلغ الماء أربعين قلة لم يحمل الخبث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila ukuran air telah sampai 40 kolah, ia tidak akan menjadi najis.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1196, hadis nombor 6069. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: إذا بلغ الماء أربعين قلة لم يحمل الخبث.
[عق، عد، هق، قط، ((الضعيفة)) (1622)]

(Palsu)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA secara marfu’: Apabila ukuran air telah sampai 40 kolah, ia tidak akan menjadi najis.
[Riwayat al-'Uqaili, Ibn 'Adiy dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1622]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.