Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا بلغ الماءُ أربعينَ قُلَّةً لم يَحْمِلِ الخَبَثَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila ukuran air telah sampai 40 kolah, ia tidak akan menjadi najis.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1196, hadis no. 6069. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: إذا بلغ الماء أربعين قلة لم يحمل الخبث. [عق، عد، هق، قط، ((الضعيفة)) (1622)]
(Palsu) Daripada Jabir bin 'Abdillah RA secara marfu': Apabila ukuran air telah sampai 40 kolah, ia tidak akan menjadi najis. [Riwayat al-'Uqaili, Ibn 'Adiy dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1622]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman