Apabila turun ayat "katakanlah wahai Muhammad: Saya tidak meminta sebarang upah daripada kalian, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat"

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما نزلت: (قل لا أسألكم عليه أجرا إلا المودة في القربى)؛ قالوا: يا رسول الله ومن قرابتك هؤلاء الذين وجبت علينا مودتهم؟ قال: علي وفاطمة وابناهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila turun ayat: “Katakanlah wahai Muhammad: Saya tidak meminta sebarang upah daripada kalian, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat”. Orang ramai bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah kerabatmu yang wajib untuk kami mencintai mereka itu? Baginda bersabda: Mereka adalah ‘Ali, Fatimah, dan dua orang anaknya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1060, hadis nombor 5415. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عباس رضي الله عنهما، لما نزلت: (قل لا أسألكم عليه أجرًا إلا المودة في القربى) قالوا: يا رسول الله ومن قرابتك هؤلاء الذين وجبت علينا مودتهم؟ قال: علي وفاطمة وابناهما. [طب، القطيعي في زياداته على الفضائل، الضعيفة 4974]

(Batil) Daripada Ibn ‘Abbas ra, apabila turun ayat: “Katakanlah wahai Muhammad: Saya tidak meminta sebarang upah daripada kalian, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat". Orang ramai bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah kerabatmu yang wajib untuk kami mencintai mereka itu? Baginda bersabda: Mereka adalah ‘Ali, Fatimah, dan dua orang anaknya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Qati‘i dalam al-Ziyadah ‘ala al-Fada’il. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (4974)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.