Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لما نَزَلَتْ : (قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى)؛ قالوا : يا رسولَ اللهِ ! ومَن قَرَابتُكَ هؤلاءِ الذين وَجَبَتْ علينا مودتُهم؟ قال: عليٌّ، وفاطمةُ، وابناهما.
Teks Bahasa Melayu
Apabila turun ayat: “Katakanlah wahai Muhammad: Saya tidak meminta sebarang upah daripada kalian, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat”. Orang ramai bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah kerabatmu yang wajib untuk kami mencintai mereka itu? Baginda bersabda: Mereka adalah ‘Ali, Fatimah, dan dua orang anaknya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1060, hadis no. 5415. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس رضي الله عنهما، لما نزلت: (قل لا أسألكم عليه أجرًا إلا المودة في القربى) قالوا: يا رسول الله ومن قرابتك هؤلاء الذين وجبت علينا مودتهم؟ قال: علي وفاطمة وابناهما. [طب، القطيعي في زياداته على الفضائل، الضعيفة 4974]
(Batil) Daripada Ibn ‘Abbas ra, apabila turun ayat: “Katakanlah wahai Muhammad: Saya tidak meminta sebarang upah daripada kalian, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat". Orang ramai bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah kerabatmu yang wajib untuk kami mencintai mereka itu? Baginda bersabda: Mereka adalah ‘Ali, Fatimah, dan dua orang anaknya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Qati‘i dalam al-Ziyadah ‘ala al-Fada’il. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (4974)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman