Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila titisan mani telah menetap di dalam rahim

Teks Bahasa Arab

إذا استقرت النطفة في الرحم أربعين يوما، أو أربعين ليلة بعث إليها ملكا، فيقول: يا رب ما رزقه؟ فيقال له، فيقول: يا رب ما أجله؟ فيقال له، فيقول: يا رب ذكر أو أنثى؟ فيعلم، فيقول: يا رب شقي أو سعيد؟ فيعلم.

Teks Bahasa Melayu

Apabila titisan mani telah menetap di dalam rahim selama empat puluh hari atau empat puluh malam, Allah Azzawajalla akan mengutuskan kepadanya satu malaikat. Malaikat itu akan bertanya: "Wahai Tuhan, apakah rezekinya?", maka dijawab kepadanya. Lalu malaikat itu bertanya lagi: "Wahai Tuhan, apakah ajalnya?", maka dijawab kepadanya. Malaikat itu akan bertanya lagi: "Wahai Tuhan, laki-laki atau perempuan?", maka diberitahu kepadanya. Lalu malaikat itu bertanya lagi: "Wahai Tuhan, sengsara atau bahagia?", maka diberitahu kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 459, hadis no. 2457.

(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا استقرت النطفة في الرحم أربعين يوما، أو أربعين ليلة بعث إليها ملكا، فيقول: يا رب ما رزقه؟ فيقال له، فيقول: يا رب ما أجله؟ فيقال له، فيقول: يا رب ذكر أو أنثى؟ فيعلم، فيقول: يا رب شقي أو سعيد؟ فيعلم». [حم، الطحاوي في «المشكل»، «الضعيفة» (2322)].

(Lemah) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila titisan mani telah menetap di dalam rahim selama empat puluh hari atau empat puluh malam, Allah Azzawajalla akan mengutuskan kepadanya satu malaikat. Malaikat itu akan bertanya: "Wahai Tuhan, apakah rezekinya?", maka dijawab kepadanya. Lalu malaikat itu bertanya lagi: "Wahai Tuhan, apakah ajalnya?", maka dijawab kepadanya. Malaikat itu akan bertanya lagi: "Wahai Tuhan, laki-laki atau perempuan?", maka diberitahu kepadanya. Lalu malaikat itu bertanya lagi: "Wahai Tuhan, sengsara atau bahagia?", maka diberitahu kepadanya.” [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan al-Tahawi dalam al-Musykil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2322].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.