TEKS BAHASA ARAB
إذا وقعت الفأرة في السمن، فإن كان جامدا فألقوها وما حولها، وإن كان مائعا فلا تقربوه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila tikus terjatuh ke dalam mentega, maka buanglah tikus dan sekitarnya jika mentega itu beku, dan jika ia cair maka janganlah kamu hampirinya.
STATUS
Shaz
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1197, hadis nombor 6074. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا وقعت الفأرة في السمن، فإن كان جامدا فألقوها وما حولها، وإن كان مائعا فلا تقربوه.
[د، ن، حب، هق، حم، ((الضعيفة)) (1532)]
(Shaz)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila tikus terjatuh ke dalam mentega, maka buanglah tikus dan sekitarnya jika mentega itu beku, dan jika ia cair maka janganlah kamu hampirinya.
[Riwayat Abu Dawud, al-Nasa'ei, Ibn Hibban, al-Baihaqi dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1532]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.