Shaz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا وقعتِ الفأرةُ في السَّمنِ، فإن كانَ جامِدًا فألقوها وما حولَها، وإن كانَ مائعًا فلا تقرَبوهُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila tikus terjatuh ke dalam mentega, maka buanglah tikus dan sekitarnya jika mentega itu beku, dan jika ia cair maka janganlah kamu hampirinya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Shaz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1197, hadis no. 6074. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا وقعت الفأرة في السمن، فإن كان جامدا فألقوها وما حولها، وإن كان مائعا فلا تقربوه. [د، ن، حب، هق، حم، ((الضعيفة)) (1532)]
(Shaz) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila tikus terjatuh ke dalam mentega, maka buanglah tikus dan sekitarnya jika mentega itu beku, dan jika ia cair maka janganlah kamu hampirinya. [Riwayat Abu Dawud, al-Nasa'ei, Ibn Hibban, al-Baihaqi dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1532]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman