Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila tibanya hari kiamat, umatku terbahagi kepada 3 golongan

Teks Bahasa Arab

إذا كان يومُ القيامةِ، صارتْ أمتي ثلاثَ فرقٍ: فرقةً يعبدونَ اللهَ خالصًا، وفرقةً يعبدونَ اللهَ رياءً، وفرقةً يعبدونَ اللهَ ليسْتأكُلوا بهِ الناسَ. فإذا جمَعهم قال للذي يستأكلُ الناسَ: بعزَّتي وجلالي! ما أردتَ بعبادتي؟! قال: بعزِّتِكَ وجلالِك! أَسْتأكِلُ بهِ الناسَ .قال: لمْ ينفعْك ما جمعتَ شيئًا؛ انطلِقوا بهِ إلى النارِ! ثمَّ يقول للذي كان يعبدُه رياءً: بعزِّتي وجلالي! ما أردتَ بعبادتي؟! قال: بعزَّتِك وجلالك! أردتُ بهِ رياءَ الناسِ؟ قال: لمْ يصعدْ إليَّ منهُ شيءٌ؛ انطلِقوا بهِ إلى النارِ! ثمَّ يقول للذي كان يعبدُهُ خالصًا: بعزَّتي وجَلالي! ما أردتَ بعبادتي؟! قال: بعزَّتِك وجَلالِك! أنتَ أعلمُ بذلكَ مني؛ أردتُ بهِ وجهَك وذكرَكَ! قال: صدق عبدي! انطلِقوا بهِ إلى الجنةِ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila tibanya hari kiamat, umatku terbahagi kepada 3 golongan: Golongan pertama, yang menyembah Allah secara ikhlas. Golongan kedua, yang menyembah Allah dengan perasaan riyak. Golongan ketiga, yang menyembah Allah hanya ingin meminta makan daripada manusia yang lain. Apabila Allah mengumpulkan mereka, Dia berkata kepada golongan yang meminta makan daripada manusia: Demi keagungan-Ku dan kemuliaan-Ku! Apa yang kamu inginkan daripada ibadah kepada-Ku?! Dia berkata: Wahai Tuhanku yang Maha Agung dan dengan kehormatan-Mu! Aku melakukan semua ini hanya untuk meminta makan daripada manusia yang lain. Allah berkata: Tiada satu pun yang kamu himpunkan bermanfaat. Campakkannya ke dalam neraka! Kemudian Allah berkata pula kepada golongan yang pertama iaitu yang melakukan ibadah dengan seikhlas mungkin: Demi keagungan-Ku dan kemuliaan-Ku, apa yang kamu inginkan daripada ibadah kepada-Ku?! Dia berkata: Wahai Tuhanku yang Maha Agung dan dengan kehormatan-Mu! Engkau lebih tahu tentang itu daripada diriku sendiri, aku mengharap kepada-Mu, dan juga mengingati-Mu. Allah berkata: Benar, wahai hamba-Ku! Masuklah kamu ke dalam syurga-Ku.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2037, hadis no. 10254. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعاً: إذا كان يوم القيامة، صارت أمتي ثلاث فرق: فرقة يعبدون الله خالصا، وفرقة يعبدون الله رياء، وفرقة يعبدون الله ليستأكلوا به الناس. فإذا جمعهم قال للذي يستأكل الناس: بعزتي وجلالي! ما أردت بعبادتي؟! قال: بعزتك وجلالك! أستأكل به الناس. قال: لم ينفعك ما جمعت شيئا، انطلقوا به إلى النار! ثم يقول للذي كان يعبده خالصا: بعزتي وجلالي! ما أردت بعبادتي؟! قال: بعزتك وجلالك! أنت أعلم بذلك مني، أردت به وجهك وذكرك! قال: صدق عبدي! انطلقوا به إلى الجنة. [طس، الأصفهاني، ((الضعيفة)) (5153)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila tibanya hari kiamat, umatku terbahagi kepada 3 golongan: Golongan pertama, yang menyembah Allah secara ikhlas. Golongan kedua, yang menyembah Allah dengan perasaan riyak. Golongan ketiga, yang menyembah Allah hanya ingin meminta makan daripada manusia yang lain. Apabila Allah mengumpulkan mereka, Dia berkata kepada golongan yang meminta makan daripada manusia: Demi keagungan-Ku dan kemuliaan-Ku! Apa yang kamu inginkan daripada ibadah kepada-Ku?! Dia berkata: Wahai Tuhanku yang Maha Agung dan dengan kehormatan-Mu! Aku melakukan semua ini hanya untuk meminta makan daripada manusia yang lain. Allah berkata: Tiada satu pun yang kamu himpunkan bermanfaat. Campakkannya ke dalam neraka! Kemudian Allah berkata pula kepada golongan yang pertama iaitu yang melakukan ibadah dengan seikhlas mungkin: Demi keagungan-Ku dan kemuliaan-Ku, apa yang kamu inginkan daripada ibadah kepada-Ku?! Dia berkata: Wahai Tuhanku yang Maha Agung dan dengan kehormatan-Mu! Engkau lebih tahu tentang itu daripada diriku sendiri, aku mengharap kepada-Mu, dan juga mengingati-Mu. Allah berkata: Benar, wahai hamba-Ku! Masuklah kamu ke dalam syurga-Ku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Ashfahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5153]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.