Batil

30/06/2024

minit bacaan



Apabila tiba tahun seratus tiga puluh lima, ia (pemerintahan) akan menjadi milikmu dan keturunanmu. Termasuk mereka ialah (khalifah) al-Saffah, juga al-Mansur, juga al-Mahdi

Teks Bahasa Arab

((يا أم الفضل! إنك حامل بغلام)). قالت: يا رسول الله! وكيف وقد تحالف الفريقان أن لا يأتوا النساء؟ قال: ((هو ما أقول لك. فإذا وضعتيه؛ فأتيني به.)) قالت: فلما وضعته؛ أتيت به رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ فأذن في أذنه اليمنى، وأقام في أذنه اليسرى، [وألباه من ريقه، وسماه عبد الله]، وقال: ((اذهبي بأبي الخلفاء)). قالت: فأتيت العباس فأعلمته، وكان رجلا جميلا لباسا، فأتى النبي صلى الله عليه وسلم، فلما رآه رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ قام إليه فقبل بين عينيه، ثم أقعده عن يمينه، ثم قال: ((هذا عمي، فمن شاء؛ فليباه بعمه)). قالت: يا رسول الله بعض هذا القول، فقال: ((يا عباس! لم لا أقول هذا القول؟ وأنت عمي، وصنو أبي، وخير من أخلف بعدي من أهلي!)) فقال: يا رسول الله! ما شيء أخبرتني به أم الفضل عن مولودنا هذا؟ قال: ((نعم يا عباس! إذا كانت سنة خمس وثلاثين ومائة؛ فهي لك ولولدك، منهم السفاح، ومنهم المنصور، ومنهم المهدي)).

Teks Bahasa Melayu

"Wahai Umm al-Fadl! Sesungguhnya kamu hamil dengan seorang anak". Umm al-Fadl berkata: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mungkin, walhal kedua-dua belah pihak bersumpah untuk tidak mendatangi para isteri?" Baginda bersabda: "(Akan berlaku) apa yang aku katakan kepadamu. Maka apabila kamu telah melahirkannya, bawalah dia kepadaku". Umm al-Fadl berkata: "Maka tatkala aku melahirkannya, aku membawanya kepada Rasulullah ﷺ. Baginda pun membacakan azan pada telinga kanannya dan membaca iqamat pada telinga kirinya. [Baginda juga memberinya minum daripada air liur baginda dan menamakannya Abdullah]". Baginda bersabda: "Pergilah bersama (bayi yang bakal menjadi) bapa para khalifah". Umm al-Fadl berkata: "Maka aku datang kepada al-Abbas, lalu aku ceritakan kepadanya (apa yang berlaku). Beliau pula merupakan seorang lelaki yang berpakaian segak, maka dia datang kepada Nabi ﷺ. Tatkala Rasulullah ﷺ melihatnya, baginda bangun menuju kepadanya lalu mencium dahinya. Lalu baginda mempersilakan dia duduk di sebelah kanan baginda. Baginda lalu bersabda: "Ini adalah bapa saudaraku. Berbangga-banggalah dengan bapa saudaranya bagi sesiapa yang mahu". Umm al-Fadl berkata: "Wahai Rasulullah! (Hanya layak) sebahagian ucapanmu ini". Baginda lalu bersabda: "Wahai Abbas, mengapa aku tidak (boleh) menyebutkan ucapan ini, sedangkan kamu adalah bapa saudaraku dan saudara kandung ayahku, serta sebaik-baik orang yang aku jadikan pengganti (diriku) setelahku, daripada kalangan keluargaku". Al-Abbas berkata: "Wahai Rasulullah, apakah yang diceritakan oleh Umm al-Fadl kepadaku ini tentang anak kami ini?" Baginda menjawab: "Benar wahai Abbas! [(Akan berlaku) apa yang Umm al-Fadl ceritakan kepadamu, (anakmu akan menjadi) bapa para khalifah]. Apabila tiba tahun seratus tiga puluh lima, ia (pemerintahan) akan menjadi milikmu dan keturunanmu. Termasuk mereka ialah (khalifah) al-Saffah, juga al-Mansur, juga al-Mahdi".

Sahabat Perawi

  1. Ummu al-Fadhl binti al-Harith al-Hilaliyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 851, hadis no. 4363. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أم الفضل بنت الحارث الهلالية -رضي الله عنها- قالت: مررت بالنبي صلى الله عليه وسلم وهو في الحجر، فقال: ((((يا أم الفضل! إنك حامل بغلام)). قالت: يا رسول الله! وكيف وقد تحالف الفريقان أن لا يأتوا النساء؟ قال: ((هو ما أقول لك. فإذا وضعتيه؛ فأتيني به.)) قالت: فلما وضعته؛ أتيت به رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ فأذن في أذنه اليمنى، وأقام في أذنه اليسرى،  [وألباه من ريقه، وسماه عبد الله]،  وقال: ((اذهبي بأبي الخلفاء)). قالت: فأتيت العباس فأعلمته، وكان رجلا جميلا لباسا، فأتى النبي صلى الله عليه وسلم، فلما رآه رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ قام إليه فقبل بين عينيه، ثم أقعده عن يمينه، ثم قال: ((هذا عمي، فمن شاء؛ فليباه بعمه)). قالت: يا رسول الله بعض هذا القول، فقال: ((يا عباس! لم لا أقول هذا القول؟ وأنت عمي، وصنو أبي، وخير من أخلف بعدي من أهلي!)) فقال: يا رسول الله! ما شيء أخبرتني به أم الفضل عن مولودنا هذا؟ قال: ((نعم يا عباس! إذا كانت سنة خمس وثلاثين ومائة؛ فهي لك ولولدك، منهم السفاح، ومنهم المنصور، ومنهم المهدي)). [((الضعيفة)) (5625، 6145)].

(Batil) Daripada Ummu al-Fadhl binti al-Harith al-Hilaliyah RA beliau berkata: Aku melalui Nabi SAW ketika baginda berada di Hijir Ismail lalu dia berkata: “"Wahai Umm al-Fadl! Sesungguhnya kamu hamil dengan seorang anak". Umm al-Fadl berkata: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mungkin, walhal kedua-dua belah pihak bersumpah untuk tidak mendatangi para isteri?" Baginda bersabda: "(Akan berlaku) apa yang aku katakan kepadamu. Maka apabila kamu telah melahirkannya, bawalah dia kepadaku". Umm al-Fadl berkata: "Maka tatkala aku melahirkannya, aku membawanya kepada Rasulullah ﷺ. Baginda pun membacakan azan pada telinga kanannya dan membaca iqamat pada telinga kirinya. [Baginda juga memberinya minum daripada air liur baginda dan menamakannya Abdullah]". Baginda bersabda: "Pergilah bersama (bayi yang bakal menjadi) bapa para khalifah". Umm al-Fadl berkata: "Maka aku datang kepada al-Abbas, lalu aku ceritakan kepadanya (apa yang berlaku). Beliau pula merupakan seorang lelaki yang berpakaian segak, maka dia datang kepada Nabi ﷺ. Tatkala Rasulullah ﷺ melihatnya, baginda bangun menuju kepadanya lalu mencium dahinya. Lalu baginda mempersilakan dia duduk di sebelah kanan baginda. Baginda lalu bersabda: "Ini adalah bapa saudaraku. Berbangga-banggalah dengan bapa saudaranya bagi sesiapa yang mahu". Umm al-Fadl berkata: "Wahai Rasulullah! (Hanya layak) sebahagian ucapanmu ini". Baginda lalu bersabda: "Wahai Abbas, mengapa aku tidak (boleh) menyebutkan ucapan ini, sedangkan kamu adalah bapa saudaraku dan saudara kandung ayahku, serta sebaik-baik orang yang aku jadikan pengganti (diriku) setelahku, daripada kalangan keluargaku". Al-Abbas berkata: "Wahai Rasulullah, apakah yang diceritakan oleh Umm al-Fadl kepadaku ini tentang anak kami ini?" Baginda menjawab: "Benar wahai Abbas! [(Akan berlaku) apa yang Umm al-Fadl ceritakan kepadamu, (anakmu akan menjadi) bapa para khalifah]. Apabila tiba tahun seratus tiga puluh lima, ia (pemerintahan) akan menjadi milikmu dan keturunanmu. Termasuk mereka ialah (khalifah) al-Saffah, juga al-Mansur, juga al-Mahdi".
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5625, 6145].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.