Apabila tiba tahun 150, sebaik-baik anak yang kalian lahirkan ialah anak-anak perempuan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا كانت سنة خمسين ومائة فخير أولادكم البنات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila tiba tahun 150, sebaik-baik anak yang kalian lahirkan ialah anak-anak perempuan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 37, hadis nombor 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

34 – حَدِيث: إِذا كَانَت سنة خمسين وَمِائَة فَخير أَوْلَادكُم الْبَنَات.
35 – حَدِيث: إِذا كَانَت سنة سِتِّينَ كَانَ كَذَا وَكَذَا. وَكلهَا بَاطِلَة. قَالَ ابْن الْقيم: لَا يَصح فِي هَذَا الْبَاب شَيْء.

34-Hadith: “Apabila tiba tahun 150, sebaik-baik anak yang kalian lahirkan ialah anak-anak perempuan.”
35-Hadith: “Apabila tiba tahun 160, akan terjadi begitu dan begini” dan kesemuanya batil. Ibn al-Qayyim berkata: Tidak sahih sedikitpun pada bab ini.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs