Apabila tiba malam Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban), penyeru akan menyeru: Adakah ada orang yang memohon keampunan lalu Aku ampunkan dia?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان ليلة النصف من شعبان؛ نادى مناد: هل من مستغفر فأغفر له، هل من سائل فأعطيه؟ فلا يسأل أحد شيئا إلا أعطي، إلا زانية بفرجها، أو مشرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba malam Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban), penyeru akan menyeru: “Adakah ada orang yang memohon keampunan lalu Aku ampunkan dia? Adakah ada orang yang meminta lalu Aku kurniakan kepadanya? Kerana tiada seorang pun yang meminta sesuatu melainkan Aku akan kurniakan, kecuali perempuan yang berzina dengan farajnya atau seorang musyrik”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 561, hadis nombor 2912. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن أبي العاص – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: ((إذا كان ليلةُ النصفِ مِنْ شعبانَ؛ نادى منادٍ: هَلْ مِنْ مستغفِرٍ فأغْفِرَ لَهُ، هل مِنْ سائلٍ فأُعْطِيَهُ؟ فلا يَسْأَلُ أحدٌ شيئًا إلَّا أُعْطِيَ، إلَّا زانِيَةٌ بفَرْجِهَا، أوْ مشرِكٌ)). [هب، ((الضعيفة)) (7000)].

(Lemah) Daripada ‘Uthman bin Abu al-‘As RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban), penyeru akan menyeru: “Adakah ada orang yang memohon keampunan lalu Aku ampunkan dia? Adakah ada orang yang meminta lalu Aku kurniakan kepadanya? Kerana tiada seorang pun yang meminta sesuatu melainkan Aku akan kurniakan, kecuali perempuan yang berzina dengan farajnya atau seorang musyrik”. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7000].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.