Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كان ليلةُ النصفِ مِنْ شعبانَ؛ نادى منادٍ: هَلْ مِنْ مستغفِرٍ فأغْفِرَ لَهُ، هل مِنْ سائلٍ فأُعْطِيَهُ؟ فلا يَسْأَلُ أحدٌ شيئًا إلَّا أُعْطِيَ، إلَّا زانِيَةٌ بفَرْجِهَا، أوْ مشرِكٌ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila tiba malam Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban), penyeru akan menyeru: “Adakah ada orang yang memohon keampunan lalu Aku ampunkan dia? Adakah ada orang yang meminta lalu Aku kurniakan kepadanya? Kerana tiada seorang pun yang meminta sesuatu melainkan Aku akan kurniakan, kecuali perempuan yang berzina dengan farajnya atau seorang musyrik”.
Sahabat Perawi
- ‘Uthman ibn Abu al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 561, hadis no. 2912.
(ضعيف) عن عثمان بن أبي العاص - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: ((إذا كان ليلةُ النصفِ مِنْ شعبانَ؛ نادى منادٍ: هَلْ مِنْ مستغفِرٍ فأغْفِرَ لَهُ، هل مِنْ سائلٍ فأُعْطِيَهُ؟ فلا يَسْأَلُ أحدٌ شيئًا إلَّا أُعْطِيَ، إلَّا زانِيَةٌ بفَرْجِهَا، أوْ مشرِكٌ)). [هب، ((الضعيفة)) (7000)].
(Lemah) Daripada ‘Uthman bin Abu al-'As RA, beliau berkata: “Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban), penyeru akan menyeru: “Adakah ada orang yang memohon keampunan lalu Aku ampunkan dia? Adakah ada orang yang meminta lalu Aku kurniakan kepadanya? Kerana tiada seorang pun yang meminta sesuatu melainkan Aku akan kurniakan, kecuali perempuan yang berzina dengan farajnya atau seorang musyrik”. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7000].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman