Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila tiba malam Muzdalifah, Allah ‘Azzawajalla mengampunkan para peniaga

Teks Bahasa Arab

إذا كان يومُ عرفةَ غفر اللهُ للحاجِّ فإذا كان ليلةُ المزدلفةِ غفر اللهُ عزَّ وجلَّ للتُّجَّارِ فإذا كان يومُ منًى غفر اللهُ للجمَّالين فإذا كان يومُ جمرةِ العقبةِ غفر اللهُ عزَّوجلَّ للسُّؤَّالِ فلا يشهدُ ذلك الموضعَ أحدٌ إلَّا غفر له.

Teks Bahasa Melayu

Apabila tiba hari Arafah, Allah akan mengampunkan orang-orang yang melakukan haji. Lalu, apabila tiba malam Muzdalifah, Allah ‘Azzawajalla mengampunkan para peniaga. Lalu, apabila tiba hari Mina, Allah mengampunkan orang-orang yang menunggang unta. Lalu, apabila tiba hari melontar di Jamrah al-Aqabah, Allah ‘Azzawajalla mengampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun. Maka, tidak ada orang menyaksikan tempat itu seorang pun kecuali Allah akan mengampuninya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 757, hadis no. 3875. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا كان يوم عرفة؛ غفر الله للحاج، فإذا كانت ليلة المزدلفة؛ غفر الله -عز وجل- للتجار، فإذا كان يوم منى غفر الله للجمالين، فإذا كان يوم رمي جمرة العقبة؛ غفر الله -عز وجل- للسؤال، فلا يشهد ذلك الموضع أحد إلا غفر له)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن عبد البر، ابن عساكر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6287)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba hari Arafah, Allah akan mengampunkan orang-orang yang melakukan haji. Lalu, apabila tiba malam Muzdalifah, Allah ‘Azzawajalla mengampunkan para peniaga. Lalu, apabila tiba hari Mina, Allah mengampunkan orang-orang yang menunggang unta. Lalu, apabila tiba hari melontar di Jamrah al-Aqabah, Allah ‘Azzawajalla mengampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun. Maka, tidak ada orang menyaksikan tempat itu seorang pun kecuali Allah akan mengampuninya”. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhuafa’, Ibn Abd al-Bar, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6287]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.