Apabila tiba malam hari Arafah, Allah akan turun ke langit dunia

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا كان عشية عرفة. هبط الله إلى سماء الدنيا، فيطلع إلى أهل الموقف فيقول: مرحبا بزواري والوافدين إلى بيتي، وعزتي لأنزلن إليكم، ولأساوين مجلسكم بنفسي، فينزل إلى عرفة فيعمهم بمغفرته ويعطيهم ما يسألون، إلا المظالم. فيقول: يا ملائكتي. أشهدكم أني قد غفرت لهم، فلا يزال كذلك إلى أن تغيب الشمس، ويكون أمامهم إلى المزدلفة، ولا يعرج إلى السماء تلك الليلة: فإذا أسفر الصبح، ووقفوا عند المشعر الحرام، غفر لهم حتى المظالم، ثم يعرج إلى السماء، وينصرف الناس إلى منى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila tiba malam hari Arafah, Allah akan turun ke langit dunia, lalu Dia akan melihat kepada orang yang berada di situ dan berkata: Selamat datang kepada pelawatku dan pengunjung rumahku, demi kemuliaan-Ku Aku akan turun kepada kamu.Aku akan duduk di dalam majlis kamu sendiri. Lalu Allah turun ke Arafah dan memberikan mereka semua keampunan-Nya dan memberikan apa yang mereka minta kecuali kezaliman. Dia berkata: Wahai Malaikat-Ku, bersaksilah bahawa Aku telah mengampunkan mereka. Mereka berada dalam keadaan begitu sehinggalah terbenamnya matahari dan Allah berada di hadapan mereka sehingga mereka ke Muzdalifah.Dia tidak naik ke langit pada malam tersebut. Apabila subuh hampir tiba dan mereka berada di Masy’aril Haram. Allah mengampunkan mereka hingga yang melakukan kezaliman pun diampunkan. Kemudian Dia naik ke langit dan manusia mula beralih ke Mina.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 447, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو علي الأهوازي، عن أبي أمامة مرفوعًا. قال ابن الجوزي: وهو موضوع كذب بلا شك، كما قال يحيى بن عبد الوهاب، وأكثر رجاله مجاهيل وضعفاء. وقد أخرجه ابن عساكر في تاريخه، وهو باطل. وقال الذهبي في الميزان: صنف الأهوازي كتابا في الصفات لو لم يجمعه لكان خيرًا: فإنه أتى فيه بموضوعات وفضائح.

Diriwayatkan oleh Abu Ali al-Ahwazi daripada Abu Umamah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn al-Jauzi berkata: Ia palsu dan dusta tanpa syak lagi. Seperti mana yang dikatakan oleh Yahya bin Abdul Wahab, kebanyakan perawinya adalah majhul dan dhaif. Diriwayatkan juga oleh Ibn Asakir dalam Tarikhnya, ia adalah batil.
Al-Zahabi berkata: Al-Ahwazi menulis satu kitab dalam al-Sifat yang mana kalau tidak dikumpul lebih baik. Ini kerana dia telah memasukkan padanya hadis-hadis palsu dan dusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs