Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كان يومُ القيامةِ، صارتْ أمتي ثلاثَ فرقٍ: فرقةً يعبدونَ اللهَ خالصًا، وفرقةً يعبدونَ اللهَ رياءً، وفرقةً يعبدونَ اللهَ ليسْتأكُلوا بهِ الناسَ. فإذا جمَعهم قال للذي يستأكلُ الناسَ: بعزَّتي وجلالي! ما أردتَ بعبادتي؟! قال: بعزِّتِكَ وجلالِك! أَسْتأكِلُ بهِ الناسَ .قال: لمْ ينفعْك ما جمعتَ شيئًا؛ انطلِقوا بهِ إلى النارِ! ثمَّ يقول للذي كان يعبدُه رياءً: بعزِّتي وجلالي! ما أردتَ بعبادتي؟! قال: بعزَّتِك وجلالك! أردتُ بهِ رياءَ الناسِ؟ قال: لمْ يصعدْ إليَّ منهُ شيءٌ؛ انطلِقوا بهِ إلى النارِ! ثمَّ يقول للذي كان يعبدُهُ خالصًا: بعزَّتي وجَلالي! ما أردتَ بعبادتي؟! قال: بعزَّتِك وجَلالِك! أنتَ أعلمُ بذلكَ مني؛ أردتُ بهِ وجهَك وذكرَكَ! قال: صدق عبدي! انطلِقوا بهِ إلى الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila tiba hari kiamat, umatku akan berpecah menjadi tiga kumpulan: Satu kumpulan yang menyembah Allah dengan ikhlas, satu kumpulan menyembah Allah dengan riya' dan satu kumpulan yang menyembah Allah untuk mendapat habuan orang ramai. Apabila mereka semua dikumpulkan, Allah berfirman kepada kumpulan yang ingin mendapatkan habuan orang ramai: Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku! Apakah yang kamu inginkan dengan beribadah kepada-Ku? Kumpulan itu menjawab: Dengan kemuliaan-Mu dan keagungan-Mu! Aku inginkan habuan orang ramai. Allah berfirman: Apa yang kamu kumpulkan itu sedikit pun tidak dapat memberikan manfaat kepadamu. Pergilah ke dalam neraka. Kemudian Allah berfirman kepada orang yang menyembah-Nya dengan riya': Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku! Apakah yang kamu inginkan dengan beribadah kepada-Ku? Kumpulan itu menjawab: Dengan kemuliaan-Mu dan keagungan-Mu! Aku inginkan menunjukkan kepada orang ramai. Allah berfirman: Ibadah itu tidak sedikit pun yang naik kepada-Ku. Pergilah ke dalam neraka. Kemudian Allah berfirman kepada orang yang menyembahnya dengan ikhlas: Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku! Apakah yang kamu inginkan dengan beribadah kepada-Ku? Kumpulan itu menjawab: Dengan kemuliaan-Mu dan keagungan-Mu! Kamu lebih mengetahui hal itu berbandingku. Aku hanya inginkan wajah-Mu dan mengingati-Mu. Allah berfirman: Hamba-Ku benar. Masuklah ke dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1352, hadis no. 6902. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ٍSangat lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila tiba hari kiamat, umatku akan berpecah menjadi tiga kumpulan: Satu kumpulan yang menyembah Allah dengan ikhlas, satu kumpulan menyembah Allah dengan riya' dan satu kumpulan yang menyembah Allah untuk mendapat habuan orang ramai. Apabila mereka semua dikumpulkan, Allah berfirman kepada kumpulan yang ingin mendapatkan habuan orang ramai: Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku! Apakah yang kamu inginkan dengan beribadah kepada-Ku? Kumpulan itu menjawab: Dengan kemuliaan-Mu dan keagungan-Mu! Aku inginkan habuan orang ramai. Allah berfirman: Apa yang kamu kumpulkan itu sedikit pun tidak dapat memberikan manfaat kepadamu. Pergilah ke dalam neraka. Kemudian Allah berfirman kepada orang yang menyembah-Nya dengan riya': Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku! Apakah yang kamu inginkan dengan beribadah kepada-Ku? Kumpulan itu menjawab: Dengan kemuliaan-Mu dan keagungan-Mu! Aku inginkan menunjukkan kepada orang ramai. Allah berfirman: Ibadah itu tidak sedikit pun yang naik kepada-Ku. Pergilah ke dalam neraka. Kemudian Allah berfirman kepada orang yang menyembahnya dengan ikhlas: Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku! Apakah yang kamu inginkan dengan beribadah kepada-Ku? Kumpulan itu menjawab: Dengan kemuliaan-Mu dan keagungan-Mu! Kamu lebih mengetahui hal itu berbandingku. Aku hanya inginkan wajah-Mu dan mengingati-Mu. Allah berfirman: Hamba-Ku benar. Masuklah ke dalam syurga. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan al-Asfahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5153]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman