TEKS BAHASA ARAB
حديث: إذا كان يوم القيامة نادى مناد من وراء الحجاب، يا أهل الجمع غضوا أبصاركم عن فاطمة بنت محمد حتى تمر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Apabila tiba hari kiamat, ada satu suara memanggil dari sebalik hijab: wahai jemaah, tundukkan pandangan kamu daripada melihat Fatimah sehingga dia melintas.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 393-394, hadis nombor 122. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في إسناده: العباس بن الوليد بكار الضبي. كذبه الدارقطني، وأخرجه الحاكم في المستدرك من طريقه. وقال: صحيح على شرط الشيخين، إلا أن العباس لم يخرجا له، ورواه بإسناد آخر من غير طريقه وقال: صحيح الإسناد، وتعقبه الذهبي، ولم يتعقبه ابن حجر، في الأطراف، وله طرق كثيرة.
Pada sanadnya terdapat al-Abbas bin al-Walid bin Bakkar al-Dhabiy. Dinilai dusta oleh al-Daraqutni, dan diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak melalui jalannya. Dia berkata: Sahih mengikut syarat dua Syeikh (al-Bukhari dan Muslim), kecuali al-Abbas tidak diriwayatkan oleh mereka berdua. Ia diriwayatkan dengan sanad yang lain selain jalannya. Dia berkata: Sanadnya sahih. Dikomentar oleh al-Zahabi namun tidak dikomentar oleh Ibn Hajar dalam al-Atraf. Baginya ada jalan yang banyak.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.