Apabila tiba hari kiamat, maka didatangkan pemerintah, lalu dijadikannya berdiri di atas jambatan jahanam

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة، أتي بالوالي، فيوقف على جسر جهنم، فيأمر الله الجسر، فينتفض انتفاضة يزول كل عظم من مكانه، ثم يأمر الله العظام أن ترجع إلى أماكنها، ثم يسأله، فإن كان مطيعا، أخذ بيده، وأعطاه كفلين من رحمته، وإن كان عاصيا، خرق به الجسر، فهوى في جهنم مقدار سبعين خريفا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba hari kiamat, maka didatangkan pemerintah, lalu dijadikannya berdiri di atas jambatan jahanam, lalu Allah memerintahkan jambatan, lalu ia bergerak sehingga luruhlah semua tulang daripada tempatnya, lalu Allah mengarahkan tulang itu untuk kembali ke tempatnya, kemudian Dia bertanya kepadanya, sekiranya dia taat, maka tangannya dipegang dan diberikan dua bahagian daripada rahmat-Nya. Sekiranya dia seorang yang ingkar, maka jambatan akan menjatuhkannya lalu dia akan jatuh ke dalam neraka Jahannam selama 70 tahun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 829-830, hadis nombor 4259. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بشر بن عاصم عن أبيه -رضي الله عنه- أنه بعث إليه عمر بن الخطاب يستعمله على بعض الصدقة، فأبى أن يعمل له، قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ((إذا كان يوم القيامة، أتي بالوالي، فيوقف على جسر جهنم، فيأمر الله الجسر، فينتفض انتفاضة يزول كل عظم من مكانه، ثم يأمر الله العظام [أن] ترجع إلى أماكنها، ثم يسأله، فإن كان مطيعا، أخذ بيده، وأعطاه كفلين من رحمته، وإن كان عاصيا، خرق به الجسر، فهوى في جهنم مقدار سبعين خريفا)). فقال عمر: سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لم نسمع؟ فقال: نعم، وكان سلمان الفارسي وأبو ذر الغفاري، قال سلمان: أي والله يا عمر بن الخطاب، ومع السبعين سبعين خريفا في واد من نار تلهب التهابا، فقال عمر بيده على جبهته: إنا لله وإنا إليه راجعون، من يأخذها بما فيها؟ فقال سلمان: من سلت الله أنفه، وألزق خده بالأرض.
[هب، ((الضعيفة)) (2269)]

(Lemah) Daripada Bisyr bin ‘Āṣim daripada ayahnya RA bahawa ‘Umar bin al-Khaṭṭāb mengutuskannya untuk mengutip sebahagian zakat. Lalu dia enggan untuk bekerja dengannya. Beliau berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Apabila tiba hari kiamat, maka didatangkan pemerintah, lalu dijadikannya berdiri di atas jambatan jahanam, lalu Allah memerintahkan jambatan, lalu ia bergerak sehingga luruhlah semua tulang daripada tempatnya, lalu Allah mengarahkan tulang itu untuk kembali ke tempatnya, kemudian Dia bertanya kepadanya, sekiranya dia taat, maka tangannya dipegang dan diberikan dua bahagian daripada rahmat-Nya. Sekiranya dia seorang yang ingkar, maka jambatan akan menjatuhkannya lalu dia akan jatuh ke dalam neraka Jahannam selama 70 tahun. ‘Umar berkata: Engkau mendengar daripada Rasulullah SAW sesuatu yang kami tidak pernah dengar? Dia berkata: Ya. Salmān al-Fārisī dan Abū Dhar al-Ghifārī ada di situ. Salman berkata: Ya demi Allah wahai ‘Umar bin al-Khaṭṭāb, dan bersama 70 tahun itu 70 musim luruh di lembah neraka yang menjulang apinya, lalu ‘Umar berkata dalam keadaan tangannya berada di atas dahinya: Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali. Siapakah yang mengambil apa yang ada padanya? Lalu Salmān berkata: Iaitu orang yang Allah cabut hidungnya, dan seret pipinya ke tanah.
[Riwayat al-Baihaqī dalam Syu’ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2269]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs