Apabila tiba hari kiamat, keluarlah seorang yang berteriak dari sisi Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة؛ خرج صائح من عند الله، فنادى بأعلى صوته: ‌يا ‌أمة ‌محمد! إن الله قد عفا لكم عن حقه قبلكم، فتعافوا فيما بينكم، وادخلوا الجنة بسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabi.la tiba hari kiamat, keluarlah seorang yang berteriak dari sisi Allah, lalu dia menyeru dengan suaranya yang paling kuat: Wahai umat Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mengampunkan hak-Nya terhadap kalian, maka bermaaf-maafanlah sesama kalian, dan masuklah ke dalam syurga dengan kesejahteraan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 800, hadis nombor 4128. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضغيف) عن عثمان بن عفان -رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إذا كان يوم القيامة؛ خرج صائح من عند الله، فنادى بأعلى صوته: ‌يا ‌أمة ‌محمد! إن الله قد عفا لكم عن حقه قبلكم، فتعافوا فيما بينكم، وادخلوا الجنة بسلام)). [ابن أبي خيثمة في ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (5465)]

(Lemah) Daripada ‘Uthmān bin ‘Affān RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:“Apabila tiba hari kiamat, keluarlah seorang yang berteriak dari sisi Allah, lalu dia menyeru dengan suaranya yang paling kuat: Wahai umat Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mengampunkan hak-Nya terhadap kalian, maka bermaaf-maafanlah sesama kalian, dan masuklah ke dalam syurga dengan kesejahteraan. [Riwayat Ibn Abī Khaithamah dalam al-Tārīkh al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5465]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.