Apabila tiba hari kiamat, disediakan mimbar untukku yang panjangnya sejauh 30 batu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا كان يوم القيامة نصب لي منبر طوله ثلاثون ميلا، ثم ينادي مناد من بطنان العرش: أين محمد؟ فأجيب. فيقال لي: ارق فأكون أعلاه، ثم ينادي الثانية، أين علي؟ فيكون دوني بمرقاة. فتعلم الخلائق أن محمدا سيد المرسلين، وأن عليا سيد المؤمنين. فقام إليه رجل فقال يا رسول الله: من يبغض عليا بعد هذا؟ فقال: لا يبغضه من قريش إلا شقي، ولا من الأنصار إلا يهودي، ولا من العرب إلا دعي، ولا من سائر الناس إلا شقي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila tiba hari kiamat, disediakan mimbar bagiku yang panjangnya 30 batu. Kemudian ada satu suara menyeru dari tengah Arasy: Di manakah Muhammad? Lalu aku menjawab. Dikatakan kepadaku: Naiklah dan aku berada di atasnya. Kemudian ada suara menyeru lagi pada kali kedua :Di manakah Ali? Lalu dia berada lebih rendah satu anak tangga daripadaku. Lalu seluruh makhluk mengetahui bahawa Muhammad adalah penghulu sekalian rasul, dan Ali adalah penghulu sekalian orang mukmin. Lalu ada seorang lelaki bangun dan berkata: Wahai Rasulullah, siapakah yang akan membenci Ali selepas ini?. Tiada yang akan membencinya daripada kalangan Quraisy melainkan dia akan menderita.Tiada daripada kalangan Ansar yang membencinya melainkan dia adalah seorang Yahudi. Tiada orang arab yang membencinya melainkan dia adalah seorang yang tidak sah keturunannya. Bukan juga dari kalangan sekalian manusia melainkan dia adalah orang yang menderita.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 378-379, hadis nombor 84. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن أنس مرفوعا، وفي إسناده: إسماعيل بن موسى، وهو رافضي غال، وشيخه مجهول. والحديث: قال ابن الجوزي، موضوع. وقال في الميزان: هذا خبر كذب.

Diriwayatkan oleh al-Daraqutni daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Ismail bin Musa, seorang rafidhah (puak Syiah) pelampau, gurunya juga adalah seorang yang majhul (tidak dikenali). Hadith ini dikatakan oleh Ibn al-Jauzi sebagai palsu. Dia berkata dalam al-Mizan: Ini merupakan hadith yang dusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs