Apabila tiba hari kiamat, Allah akan mengumpulkan ahli syurga dalam barisan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة؛ جمع الله أهل الجنة صفوفا، وأهل النار صفوفا، قال: فينظر الرجل من صفوف أهل النار إلى الرجل من صفوف أهل الجنة، فيقول: يا فلان! أما تذكر يوم صنعت إليك في الدنيا معروفا؟! فيأخذ بيده، فيقول: يا رب! إن هذا اصطنع إلي في الدنيا معروفا، فيقال له: أدخله الجنة برحمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba hari kiamat, Allah akan mengumpulkan ahli syurga dalam barisan, dan ahli neraka dalam barisan. Baginda berkata: Lalu mereka yang berada pada barisan ahli neraka melihat kepada barisan ahli syurga dan berkata: Wahai Si Polan! Tidakkah kamu ingat pada suatu hari aku melakukan kebaikan kepadamu di dunia? Lalu dia mengambil tangannya dan berkata: Wahai Tuhan, dia ini melakukan kebaikan kepadaku di dunia. Lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 671-672, hadis nombor 3462. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا كان يوم القيامة؛ جمع الله أهل الجنة صفوفاً، وأهل النار صفوفاً، قال: فينظر الرجل من صفوف أهل النار إلى الرجل من ‌صفوف ‌أهل ‌الجنة، فيقول: يا فلان! أما تذكر يوم صنعت إليك في الدنيا معروفاً؟! فيأخذ بيده، فيقول: يا رب! إن هذا اصطنع إلي في الدنيا معروفاً، فيقال له: أدخله الجنة برحمتي)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5280)]

(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba hari kiamat, Allah akan mengumpulkan ahli syurga dalam barisan, dan ahli neraka dalam barisan. Baginda berkata: Lalu mereka yang berada pada barisan ahli neraka melihat kepada barisan ahli syurga dan berkata: Wahai Si Polan! Tidakkah kamu ingat pada suatu hari aku melakukan kebaikan kepadamu di dunia? Lalu dia mengambil tangannya dan berkata: Wahai Tuhan, dia ini melakukan kebaikan kepadaku di dunia. Lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5280]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.