Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila tiba hari kiamat, aku dipanggil dari dalam Arasy

Teks Bahasa Arab

إذا كان يومُ القيامةِ نودِيْتُ مِنْ بَطنانِ العرشِ: يا محمدُ! نعم الأبُ أبوكَ إبراهيمُ الخليلُ، ونعمَ الأخُ أخوكَ علِيٌّ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila tiba hari kiamat, aku dipanggil dari dalam Arasy: Wahai Muhammad! Bapa yang terbaik ialah bapa engkau, Ibrāhīm al-Khalīl. Saudara yang terbaik ialah saudara engkau, ‘Alī.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1821, hadis no. 9177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا كان يوم القيامة نوديت من بطنان العرش: يا محمد! نعم الأب أبوك إبراهيم الخليل، ونعم الأخ أخوك علي)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3301)]

(Palsu) Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba hari kiamat, aku dipanggil dari dalam Arasy: Wahai Muhammad! Bapa yang terbaik ialah bapa engkau, Ibrāhīm al-Khalīl. Saudara yang terbaik ialah saudara engkau, ‘Alī. [Riwayat al-Rāfiī’ dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3301]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.