Apabila tiba hari Khamis, AllahSWT mengutuskan para malaikat

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم الخميس بعث الله -عز وجل- ملائكة معهم صحف من فضة وأقلام من ذهب يكتبون يوم الخميس وليلة الجمعة أكثر الناس صلاة على محمد ﷺ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba hari Khamis, Allah ‘Azza Wa Jalla mengutuskan para malaikat, bersama-sama mereka ada lembaran-lembaran daripada perak dan pena-pena daripada emas; mereka mencatat pada hari Khamis dan malam Jumaat orang yang paling banyak berselawat kepada Muhammad SAW.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1438, hadis nombor 7310. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا كان يوم الخميس بعث الله -عز وجل- ملائكة معهم صحف من فضة وأقلام من ذهب يكتبون يوم الخميس وليلة الجمعة أكثر الناس صلاة على محمد ﷺ.
[تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2668)].

(Palsu)
Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila tiba hari Khamis, Allah ‘Azza Wa Jalla mengutuskan para malaikat, bersama-sama mereka ada lembaran-lembaran daripada perak dan pena-pena daripada emas; mereka mencatat pada hari Khamis dan malam Jumaat orang yang paling banyak berselawat kepada Muhammad SAW.
[Riwayat Tammām dalam al-Fawāid, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2668].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs