Apabila tiba hari Arafah

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم عرفة؛ غفر الله للحاج، فإذا كانت ليلة المزدلفة؛ غفر الله عَز وجل للتجار، فإذا كان يوم منى غفر الله للجمالين، فإذا كان يوم رمي جمرة العقبة؛ غفر الله عز وجل للسؤال، فلا يشهد ذلك الموضع أحد إلا غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba hari Arafah, Allah mengampunkan golongan yang menunaikan haji. Apabila tiba malam Muzdalifah, Allah mengampunkan golongan peniaga. Apabila tiba hari Mina, Allah mengampunkan golongan yang menunggang unta. Apabila tiba hari melontar Jamrah al-’Aqabah, Allah mengampunkan golongan yang meminta. Maka tidak ada seorang pun yang menyaksikan tempat-tempat itu melainkan Allah mengampuninya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2050, hadis nombor 10314. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كان يوم عرفة؛ غفر الله للحاج، فإذا كانت ليلة المزدلفة؛ غفر الله عَزَّ وَجَلَّ للتجار، فإذا كان يوم مِنىً غفر الله للجَمَّالين، فإذا كان يوم رمي جمرة العقبة؛ غفر الله عَزَّ وَجَلَّ للسُؤَّال، فلا يشهد ذلك الموضع أحد إلا غَفَر له.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي، ابن عبد البر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6287)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba hari Arafah, Allah mengampunkan golongan yang menunaikan haji. Apabila tiba malam Muzdalifah, Allah mengampunkan golongan peniaga. Apabila tiba hari Mina, Allah mengampunkan golongan yang menunggang unta. Apabila tiba hari melontar Jamrah al-’Aqabah, Allah mengampunkan golongan yang meminta. Maka tidak ada seorang pun yang menyaksikan tempat-tempat itu melainkan Allah mengampuninya.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Ibn Jauzi, Ibn ‘Abd al-Barr dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6287]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs