Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كانَ يَومُ عَرَفةَ، إنَّ اللهَ يَنزِلُ إلى السَّماءِ الدُّنيا، فيُباهي بهمُ المَلائِكةَ، فيَقولُ: انظُروا إلى عِبادي، أتَوْني شُعثًا غُبرًا ضاحينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَميقٍ، أُشهِدُكم أنِّي قد غَفَرتُ لهم. فتَقولُ المَلائِكةُ: يا رَبِّ، فُلانٌ كان يَرهَقُ، وفُلانٌ وفُلانةُ، قال: يَقولُ اللهُ -عزَّ وجَلَّ -: لقد غَفَرتُ لهم. قال: قال رَسولُ اللهِ - صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ -: فما مِن يَومٍ أكثَرَ عَتيقٍ مِنَ النارِ مِن يَومِ عَرَفةَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila tiba hari Arafah, sesungguhnya Allah turun ke langit dunia. Lalu Allah berbangga dengan mereka kepada malaikat lantas berkata: “Lihatlah kepada hamba-Ku, mereka datang kepada-Ku dalam keadaan kusut masai berdebu dari setiap pelosok bumi. Aku bersaksi di hadapan kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka”. Lalu malaikat berkata: Wahai Tuhan, si polan pernah menderhaka. Si polan dan si polan. Baginda bersabda: Allah Azzawajalla berfirman: Aku telah mengampuni mereka. Rasulullah ﷺ bersabda: Maka tiada hari paling banyak orang yang bebas daripada neraka berbanding daripada hari Arafah.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 729, hadis no. 3717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا كان يوم عرفة، إن الله ينزل إلى السماء الدنيا. فيباهي بهم الملائكة فيقول: انظروا إلى عبادي أتوني شعثا غبرا ضاحين من كل فج عميق، أشهدكم أني قد غفرت لهم، فتقول الملائكة: يا رب فلان كان يرهق، وفلان وفلانة، قال: يقول الله - عز وجل -: قد غفرت لهم. قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: فما من يوم أكثر عتيق من النار من يوم عرفة)). [ابن منده في ((التوحيد))، أبو الفرج الثقافي في ((الفوائد))، البغاوي في ((شرح السنة))، ((الضعيفة)) (679)]
(Daif) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika datang hari Arafah, Allah turun ke langit dunia. Lalu Allah berbangga dengan mereka kepada malaikat dan berkata: “Lihatlah hambaku, mereka datang kepadaku dalam keadaan penuh debu dari pelbagai pelosok bumi. Aku bersaksi di hadapan kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka.” Lalu malaikat berkata: Wahai Tuhan, fulan pernah menderhaka. Fulan dan Fulanah pula sekian-sekian. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku telah mengampuni mereka. Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada hari yang mana Allah bebaskan hamba-Nya dari api neraka lebih daripada hari Arafah. [Riwayat Ibn Mandah dalam al-Tauhid, Abu al-Faraj al-Thaqafi dalam al-Fawaid dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 679]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman