Apabila tiba bulan Ramadan, Nabi SAW akan membebaskan semua tawanan dan memberi kepada semua orang yang meminta

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا دخل شهر رمضان أطلق كل أسير وأعطى كل سائل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba bulan Ramadan, Nabi SAW akan membebaskan semua tawanan dan memberi kepada semua orang yang meminta.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 992, hadis nombor 5107. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس وعائشة رضي الله عنهما، قالا: كان إذا دخل شهر رمضان أطلق كل أسير وأعطى كل سائل. [ابن سعد، البزار، الضعيفة (3015)].

(Sangat lemah) Daripada Ibn Abbas RA dan Aisyah RA, mereka berdua berkata: Apabila tiba bulan Ramadan, Nabi SAW akan membebaskan semua tawanan dan memberi kepada semua orang yang meminta. [Riwayat Ibn Sa’d dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3015].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.