Apabila tiba 160 tahun, ada empat perkara-perkara ganjil di dunia

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان سنة ستين ومائة كان الغرباء في الدنيا أربعة: قرآن في جوف ظالم، ومصحف في بيت قدري لا يقرأ فيه، ومسجد في نادي لا يصلون فيه، ورجل صالح بين قوم سوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba 160 tahun, ada empat perkara-perkara ganjil di dunia. Al-Quran berada dalam rongga (dada) orang yang zalim; mushaf berada di rumah orang yang berfahaman Qadariyah, namun dia tidak membaca isi kandungannya; masjid berada dalam lingkungan orang ramai, namun mereka tidak menunaikan solat di dalamnya dan seorang lelaki yang soleh berada dalam lingkungan orang-orang yang jahat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 258, hadis nombor 200. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه ابن حبان في المجروحين (3/ 128) ومن طريقه ابن الجوزي في الموضوعات (3/ 194) من طريق يحيى بن عبد الله البابلتي حدثنا الأوزاعي، عن الزهري عن أبي سلمة عن أبي هريرة مرفوعاً به. قال ابن حبان: هذا بلا شك معمول . يعني موضوع وآفته البابلتي. فإنه ساقط الاحتجاج إذا تفرد. وقال الدارقطني: البلية في هذا الحديث الراوي عن البابلتي، لا منه .

Mawdhu’. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam al-Majruhin (3/128), juga melalui sanad beliau Ibn al-Jawzi meriwayatkan dalam al-Mawdhu’at (3/194) melalui sanad Yahya bin Abdullah al-Bablutti. Beliau berkata : al-Auza’i telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhri daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah secara marfu’ hadith tersebut.
Ibn Hibban berkata: “Tidak syak lagi bahawa ini hadith yang dibuat-dibuat. maksudnya hadith yang direka-reka”. Puncanya adalah al-Bablutti. Beliau telah gugur kelayakan untuk dijadikan hujjah apabila beliau bersendirian meriwayatkan hadith. Al-Daraqutni pula berkata: “Punca rosaknya hadith ini adalah perawi yang meriwayatkan daripada al-Bablutti, bukan berpunca daripada beliau sendiri”.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs