TEKS BAHASA ARAB
إذا بدا خف المرأة؛ بدا ساقها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila terlihat khuf (sejenis kasut kulit) wanita, maka akan terlihat betisnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1615, hadis nombor 8147. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((إذا بدا خف المرأة؛ بدا ساقها)). [فر، ((الضعيفة)) (2350)].
(Lemah)
Daripada Aisyah RHA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila terlihat khuf (sejenis kasut kulit) wanita, maka akan terlihat betisnya.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2350].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.